Tuesday, December 1, 2009

MENGKARAK WATERFRONT

SEKIRANYA anda melalui jalan temerloh-triang pastinya anda akan berjumpa dengan sebuah binaan tepi sungai Pahang. orang kampung memanggilnya waterfront.

dikatakan sejumlah rm 2.5 juta telah digunakan untuk membina mercu tanda tersebut.

semasa pembinaannya... pelbagai telahan telah diberikan. pernah juga berita mengenainya muncul di buletin 1.30 di TV3. hampir separuh dari binaan tersebut telah runtuh. 6 cerucuk yang ditanam di tengah sungai, sekarang dah tinggal satu. orang kempung kata, mereka tanam tajo tepi sungai pun tak tercabut, ini cerucuk yang ditanam dengan mesin berat boleh tumbang. apa ke hal?

kini, waterfront ni dah siap. tapi sayang, tiada penyelenggaraan dari pihak yang berwajib. dilihat ke bawah penuh dengan sampah sarap yang dibuang oleh pengunjung yang tak bertanggunggjawab. kenapalah rakyat malaysia ni suka sangat buang sampah merata-rata. kalau kita tanya macam tu, nanti depa jawab sebab majlis daerah tak sediakan tong sampah. pendek betul akal. macamlah tak ada cara lain untuk jaga kebersihan.

well... itulah serba sedikit tentang waterfront ni. lain kali pelapor akan sertakan gambar untuk sapa-sapa yang ada membuka blog ini. k!

Friday, November 27, 2009

Bera

seperti mana yang kita ketahui... daerah bera merupakan daerah paling muda dalam negeri pahang.

di sini terdapat sebuah tasik semula jadi yang terbesar di malaysia iaitu tasik bera. sebahagian kawasan hutannya telah diwartakan sebagai tapak RAMSAR, namun menurut maklumat yang diterima ada bahagian hutan yang diwartakan telah ditebang dan dijadikan ladang oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

mengalir di daerah ini beberapa batang anak sungai utama iaitu sungai bera dan sungai triang. aktiviti perikanan yang menyalahi undang-undang dikatakan sering berlaku di kawasan sungai. bersamalah kita mengutuk perbuatan ini.

begitulah serba sedikit tentang kandungan blog ini. ada apa-apa lagi, e-mailkanlah laporan anda itu. ok.

Laporan dari Bera

Salam Sejahtera...

anda ada berita yang hendak dikongsikan bersama di dalam blog ini.

e-mailkan berita anda kepada> kumbangkejora@gmail.com