SEKIRANYA anda melalui jalan temerloh-triang pastinya anda akan berjumpa dengan sebuah binaan tepi sungai Pahang. orang kampung memanggilnya waterfront.
dikatakan sejumlah rm 2.5 juta telah digunakan untuk membina mercu tanda tersebut.
semasa pembinaannya... pelbagai telahan telah diberikan. pernah juga berita mengenainya muncul di buletin 1.30 di TV3. hampir separuh dari binaan tersebut telah runtuh. 6 cerucuk yang ditanam di tengah sungai, sekarang dah tinggal satu. orang kempung kata, mereka tanam tajo tepi sungai pun tak tercabut, ini cerucuk yang ditanam dengan mesin berat boleh tumbang. apa ke hal?
kini, waterfront ni dah siap. tapi sayang, tiada penyelenggaraan dari pihak yang berwajib. dilihat ke bawah penuh dengan sampah sarap yang dibuang oleh pengunjung yang tak bertanggunggjawab. kenapalah rakyat malaysia ni suka sangat buang sampah merata-rata. kalau kita tanya macam tu, nanti depa jawab sebab majlis daerah tak sediakan tong sampah. pendek betul akal. macamlah tak ada cara lain untuk jaga kebersihan.
well... itulah serba sedikit tentang waterfront ni. lain kali pelapor akan sertakan gambar untuk sapa-sapa yang ada membuka blog ini. k!
Tuesday, December 1, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)